8P8C (Inggeris: 8 Position 8 Contact) dulu dikenali sebagai RJ45 adalah plag dan soket yang biasa digunakan untuk penyambungan ethernet di dalam rangkaian komputer. Penyambungan 8P8C biasanya dilakukan pada kabel pasangan berlingkar.
8P8C mempunyai dua komponen iaitu plag masukkan (male plug) dan soket terima (female socket), setiapnya mempunyai lapan dawai konduktor. Konduktor pada plag adalah rata dan kedudukannya adalah selari dengan badan penyambung. Di dalam soket pula konduktor adalah tergantung secara berpenjuru menghala ke dalam. Apabila satu plag 8P8C dijodohkan dengan soket 8P8C, konduktor tadi akan bersambung dan menyebabkan ada pengaliran arus elektrik. Dawai konduktor di dalam soket seperti spring memastikan antara muka plag lebih baik dan membolehkan perjalanan keluar dan masuk lebih mudah. Penyambungan 8P8C adalah terbaik untuk digunakan pada ethernet. Sekitar tahun 2000, ia digunakan secara meluas untuk penyambungan kabel rangkaian ethernet dan menggantikan jenis-jenis sambungan terdahulu seperti penyambung BNC. Penyambung terdahulu ada juga ada yang tidak digunakan lagi seperti kabel modem memerlukan kuasa dan voltan tinggi untuk setiap penyambungan yang banyak.