Arasy

Eskatologi Islam
Portal Islam

'Arasy atau 'Arsy (Arab: عَرْش) adalah makhluk tertinggi dan sangat besar, merupakan singgahsana yang memiliki tiang-tiang yang dipikul dan dikelilingi oleh para malaikat.

Pengertian ‘Arasy ini diyakini oleh para Salafussoleh, berdasarkan al-Quran dan hadith Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan ayat:

“(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arasy.

(Surah Toha, 20:5) ”

"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.."
- Surah Ar-Ra'd: 2

Bagaimanapun menurut Islam, Allah itu tidaklah sama dengan makhluk. Maka cara Dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Keadaan Allah bersemayam hanyalah di dalam pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dengan cara yang layak bagiNya.

Dalam Al Quran terdapat sebanyak tujuh tempat Allah Maha Agung menyebutkan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala bersemayam di atas arasy.

  1. Surah Al A'raf ayat 54
  2. Surah Yunus ayat 3
  3. Surah Ar Ra'd ayat 2
  4. Surah Taha ayat 5
  5. Surah Al Furqan ayat 59
  6. Surah As Sajdah ayat 4
  7. Surah Al Hadid ayat 4

Arasy

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne