Bakso | |
---|---|
Nama alternatif | Baso |
Jenis | Makanan |
Jenis sajian | Menu utama |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Antarabangsa, juga terkenal di Singapura dan Malaysia |
Dicipta oleh | Cina-Indonesia |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Daging (lembu, kerbau, ayam, ikan, babi, atau udang), tepung ubi kayu, mi, bihun, tahu, stok air rebusan, kailan, acar, daun saderi, bawang goreng |
Bahan yang biasa digunakan | Daging lembu, putih telur, bawang putih, ais, tapioca, garam, gula, Lada hitam, serbuk penaik, Daun bawang, Saderi, Bihun, Bok choy |
1 saiz sederhana bola bakso mengandung 21 mg kolesterol, 134 mg sodium, dan 57 kalori[1] kcal | |
sunting · sunting di Wikidata |
Bakso (Jawi: باقسو) ialah sejenis makanan khas Indonesia yang merupakan bebola daging.[2][3] Bakso umumnya ialah dibuat daripada campuran daging lembu cincang dan tepung ubi kayu, akan tetapi ada juga bakso yang terbuat daripada daging ayam, ikan, atau udang juga daging kerbau. Dalam proses penyajiannya, bakso umumnya disajikan panas-panas dengan kuah sup lembu yang jernih, dicampur mi, bihun, tauge, tauhu, juga telur dan ditaburi dengan bawang goreng dan daun saderi. Bakso boleh didapati di seluruh Singapura,Malaysia dan Indonesia dan dijual oleh penjaja dan restoran. Kini bakso juga dijual dalam bentuk makanan beku yang senang didapati di pasaraya di seluruh Indonesia. Bakso boleh juga dihiris dan dimasak dalam masakan mi goreng, nasi goreng atau capcai. Bakso juga merupakan salah satu makanan jalanan yang terkenal di Singapura.[4]