Benda

Benda (Jawi: بندا, pinjaman Sanskrit: भाण्डा bhāṇḍā "wadah apapun...barang dagangan"[1]) atau objek ialah sesuatu konsep merujuk kepada sesuatu yang mempunyai sifat kewujudan. Pada kehidupan seharian, aspek makna perkataan "benda" biasanya dianggap tidak penting, tetapi perbincangan mengenai "benda" merupakan satu topik dalam bidang falsafah.

Dari segi ilmu bahasa, perkataan "benda" sebenarnya merupakan sejenis kata ganti nama. Hal ini bermaksud bahawa perkataan ini tidak merujuk kepada sesuatu yang khusus secara tetap. Biasanya seorang pengguna bahasa akan menggunakan perkataan "benda" untuk merujuk kepada sesuatu objek yang tidak dapat dinamai secara tepat oleh dirinya. Maka, titik rujukan bagi makna yang terterap dalam perkataan disebut ini berubah-ubah menurut konteks ayat diucapkan.

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 572. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 28–29.

Benda

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne