Nama asli | 株式会社サイバーエージェント |
---|---|
Nama rumi | Kabushiki-gaisha Saibāējento |
Jenis/bentuk sah | Public |
Didagangkan sebagai | TYO: 4751 |
ISIN | JP3311400000 |
Industri | Online advertising Media and Entertainment Streaming media Video games |
Ditubuhkan | 18 Mac 1998 |
Pengasas | Susumu Fujita |
Ibu pejabat | Abema Towers 150-0042 Shibuya, Tokyo, Japan |
Kawasan perkhidmatan | Worldwide |
Tokoh penting |
|
Keluaran |
|
Perkhidmatan | Licensing |
Hasil | ▲ ¥30.4 billion (2019) |
Pendapatan kendalian | ▲¥30,825 million (2019) |
Pendapatan bersih | ▲¥16,131 million (2019) |
Jumlah aset | ▲¥224,876 million (2019) |
Pemilik | Susumu Fujita (20.50%) |
Bilangan kakitangan | 5,282 (2019) |
Anak syarikat | AbemaTV (55.2%) Ameba Cygames (69%) Craft Egg CyberZ FC Machida Zelvia CCPR Sirok GCrest Griphone WinTicket CyberFight |
Tapak web | cyberagent |
sunting · sunting di Wikidata |
CyberAgent Inc. (株式会社サイバーエージェント , Kabushiki-gaisha Saibāējento) adalah sebuah syarikat pengiklanan digital Jepun. ia diasaskan pada 1998 oleh Susumu Fujita dan beribu pejabat di Shibuya, Tokyo.[1][2][3] Syarikat ini dimiliki oleh Susumu Fujita dengan pegangan syarikat pada 20.50%; Fujita merupakan wakil pengarah manakala Yusuke Hidaka adalah naib pengerusi eksekutif.[4][5]
Syarikat CyberAgent disenaraikan di dalam Bursa Saham Tokyo dan merupakan salah satu konstituen dalam saham Nikkei 225 sejak tahun 2000. [6]
Pada tahun 2016, syarikat ini telah menubuhkan perkhidmatan penstriman secara siaran langsung yang dipanggil ''FRESH LIVE'' . [7] Pada 1 April tahun 2016 perkhidmatan itu telah dipindahkan kepada salah satu anak syarikat CyberAgent iaitu syarikat AbemaTV dan nama penstriman tersebut ditukar kepada AbemaTV FRESH! [8] Pada 26 Jun tahun 2018, nama perkhidmatan tersebut ditukar lagi kepada FRESH LIVE . [9] Perkhidmatan itu mula ditutup secara beransur bermula pada 12 Februari tahun 2019 dengan menghalang penciptaan saluran baharu dan segala pengarkiban dan fungsi lain di saluran sedia ada mula ditutup. Penutupan sepenuh perkhidmatan tersebut adalah pada 30 November tahun 2020 setelah ia diumumkan pada 9 Oktober 2020. Sejak tahun 2019, CyberAgent telah menyepadukan perkhidmatan dengan OPENREC.tv, salah satu lagi perkhidmatan penstriman siaran langsung yang dikendalikan oleh anak syarikat CyberAgent iaitu CyberZ, dan beberapa saluran yang sedia ada sudah berhijrah ke perkhidmatan itu. [10] [11] [12]