Dongchimi | |
---|---|
![]() Dongchimi dihidang sebagai banchan | |
Jenis | Kimchi |
Tempat asal | Korea |
Suhu penghidangan | Sejuk |
Bahan utama | Lobak putih, baechu, daun bawang, cili hijau, halia, bae |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Dongchimi | |
---|---|
Hangul | 동치미 |
Hanja | 冬치미 |
Perumian Semakan | dongchimi |
McCune–Reischauer | tongchi'mi |
![]() |
Rencana ini sebahagian dari siri |
Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
---|
Dongchimi adalah sejenis kimchi mengandungi lobak putih, baechu (hangul: 배추, kubis Cina), daun bawang, cili hijau ditapai, halia, bae (hangul 배: pear Korea) dan air garam dalam masakan Korea. Nama dong (hangul: 동; hanja: 冬; harfiah "musim sejuk") dan chimi (hangul: 치미, istilah kuno bagi kimchi), mencadangkan, kimchi ini secara tradisinya dimakan pada musim sejuk.[1]
Dongchimi juga diperam seperti kimchi lain, tetapi tempoh matang yang agak pendek (2-3 hari). Walaupun ia boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun, ia biasanya dibuat semasa musim gimjang. Kawasan utara yang terdiri daripada Hamgyeong-do dan Pyeongan-do di Korea Utara amat terkenal dengan dongchimi mereka.[2]
Dongchimi yang berair ini mempunyai rasanya yang jelas dan jernih dan digunakan sebagai sup untuk membuat dongchimi guksu (동치미 국수 sup mi sejuk dibuat dengan dongchimi) dan naengmyeon , atau disajikan dengan tteok atau keledek kukus untuk mengimbangi rasanya yang kuat.[3]