Ghazi atau ghazah (kata nama (mufrad maskulin): غازي ghazi; kata kerja (mufrad maskulin): غزا ghaza daripada غزو ghazwa) ialah istilah Arab yang bermaksud 'menyerbu/serbuan'. Daripadanya terbit perkataan 'Ghazwah' (غزوة ) (atau 'Ghazwat' dalam bentuk jamak) yang digunakan khusus untuk pertempuran yang diketuai Muhammad, nabi Islam.[1]
Perkataan in lazim hadir sebagai 'razzia' dalam bahasa Inggeris. Dalam konteks peperangan antara Rusia dan orang Islam di Caucasus yang bermula pada abad ke-18, perkataan ini mengambil bentuk 'gazavat' (газават).[2]