Joget

Tarian Joget
Nama asliJoget/Ronggeng
EtimologiJoget inspirasi daripada Branyo
PenciptaOrang Kristang,Melayu Malaysia
Asal usulMelaka,Malaysia

Tarian Joget , Joget , Ronggeng (Jawi: تارين جوڬيت,جوڬيت‎,روڠڬيڠ‎) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang lazim di Malaysia, terutamanya di negeri Melaka. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar.[1]

Tarian ini dipercayai berasal daripada tarian orang Kristang iaitu Branyo yang sendirinya daripada suatu tarian tradisi masyarakat Algarve di Portugal iaitu Coridinho.

.[2][3] Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu khusus seperti "Jingkling Nona" tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi. Tarian ini begitu terkenal sebagai acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian.

Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang mengambil nama daripada perkataan “wrong gang” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.


Joget

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne