![]() | Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. |
![]() | |
Jenis | TV Satelit Percuma dan Prabayar |
---|---|
Negara | |
Tarikh siaran pertama | 18 April 2014 |
Ketersediaan | Televisyen satelit |
Slogan | On Terus! |
Kawasan siaran | Nasional |
Pemilik | Kompas Gramedia (2014-2016) MNC Vision Networks (2019-sekarang)[1] |
Tarikh pelancaran | 18 April 2014 |
Format gambar | SDTV dan HDTV |
Laman sesawang | www.k-vision.tv |
K-Vision merupakan stesen televisyen berlangganan yang dirasmikan ke udara pada 18 April 2014.
Perubahan pada 15 Mei 2018 K-Vision menjadi penyedia gabungan FTA dan prabayar iaitu jenis berlangganan paket untuk menyaingi ninmedia yang dilancarkan sejak 14 April 2016 melalui Satelit Chinasat11 kedudukan 098°Timur
Pada 16 Julai 2019, MNC Vision Networks secara rasmi memiliki 60% saham K-Vision[2]. Walaupun terdapat pergabungan antara MNC Vision dengan K-Vision, Perkhidmatan tetap dilakukan secara terpisah disebabkan perbezaan segmen pasaran antara kedua-duanya, yang mana MNC Vision mensasarkan segmen pelanggan kelas menengah ke atas, sedangkan K-Vision menyasarkan segmen pelanggan kelas menengah ke bawah (mampu milik).
Selain K-Vision, terdapat juga penyedia saluran percuma dan prabayar seperti NJOI oleh Astro Malaysia, Transvision dengan penyahkod jenis Nusantara semuanya hanya dengan menggunakan hanya satu arah kedudukan penerima isyarat satelit MEASAT 3/3a/3b, hanya dengan pemasangan 1 Unit Luar (ODU).
Ada banyak lagi penyedia saluran percuma dan prabayar seperti Ninmedia di satelit chinasat11, Nexmedia dan Matrix Garuda di satelit SES9 serta saluran percuma dan langganan BIGTV di satelit JCSAT4b.