Mukhannathun (Arab: مخنثون "yang bersifat kewanitaan", "lelaki yang menyerupai perempuan", mufrad mukhannath) ialah perkataan Arab lama yang kini digelar transgender, atau transeksual lelaki-ke-perempuan. Beberapa orang "mukhannathun" pernah disebut di dalam beberapa hadis..[1][2] Dalam satu hadith Nabi Muhammad melindungi seorang mukhannath dari sekumpulan perusuh.[1] Boleh dikatakan perempuan trans diterima seadanya "di dalam kawasan Madinah dan Mekah". [3] Mengikut Rowson, golongan ini terlibat dengan muzik dan hiburan.[3]