Rehlah (Arab: رحلة, rumi: riḥla, lit. 'perjalanan' ) merujuk kepada perjalanan dan kisah bertulis perjalanan itu, atau travelog. Berhubung kait dengan tanggapan Islam zaman pertengahan "perjalanan dalam mencari ilmu" (الرحلة في طلب العلم), riḥla sebagai genre kesusasteraan Arab zaman pertengahan dan moden awal biasanya menghuraikan perjalanan yang diambil dengan niat mengerjakan haji, tetapi boleh memasukkan jadual perjalanan yang jauh melebihi laluan asal.[1] Rehlah yang klasik dalam kesusasteraan perjalanan Arab zaman pertengahan, seperti yang ditulis oleh Ibn Battuta (biasa dikenali sebagai al-Rihlah) dan Ibn Jubair, termasuk huraian "peribadi, tempat, kerajaan, adat, dan keganjilan" yang dialami oleh pengembara, dan biasanya di dalam sempadan dunia Islam.[2] Walau bagaimanapun, istilah rehlah boleh diguna pakai dalam kisah perjalanan Arab menghuraikan perjalanan yang diambil atas sebab-sebab selain daripada haji atau umrah; contohnya rehlah abad ke-19 Muhammad as-Saffar[3] dan Rifa'a al-Tahtawi[4] kedua-duanya mengikuti resam genre rehlah dengan merakam tidak sahaja perjalanan ke Perancis dari Maghribi dan Mesir, masing-masing, tetapi juga pengalaman dan pemerhatian mereka.