![]() | ||||
Nama penuh | Associazione Calcio Milan S.p.A.[1] | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | I Rossoneri (The Reds and Blacks) Il Diavolo (The Devil) Casciavit (Lombard untuk: Screwdriver) | |||
Nama pendek | ACM | |||
Diasaskan | 16 Disember 1899[2] | |||
Stadium | San Siro (Kapasiti: 80,018) | |||
Pemilik(s) | Fininvest (99.93%) Pemegang lain (0.07%) | |||
Presiden Kehormat | Paolo Scaroni | |||
Ketua jurulatih | Stefano Pioli | |||
Liga | Serie A | |||
2023/24 | Serie A, Ke-2 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
![]() |
Associazione Calcio Milan (sebutan bahasa Itali: [assotʃatˈtsjoːne ˈkaltʃo ˈmiːlan]), ataupun dikenali sebagai A.C. Milan dan secara ringkasnya ialah Milan, merupakan kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Milan, Itali dan kini bermain di Serie A, divisyen teratas bola sepak Itali. Milan telah ditubuhkan oleh orang Inggeris yang bernama Herbert Kilpin dan seorang ahli perniagaan, Alfred Edwards pada tahun 1899.[3][4] Milan kini banyak beraksi di Serie A sejak musim 1929-30 kecuali pada musim 1980–81 dan 1982–83.[5]
Dalam kejohanan Eropah dan antarabangsa, AC Milan telah meraih 18 gelaran antarabangsa yang diiktiraf sekali gus mereka antara kelab Itali paling cemerlang di peringkat antarabangsa. Kelab ini telah memenangi Liga Juara-Juara sebanyak tujuh kali dan hanya Real Madrid sahaja yang telah memenanginya lebih banyak (12).[6] Dalam kejohanan di Itali pula, AC Milan merupakan kelab kedua paling cemerlang dengan 18 gelaran juara liga; di belakang Juventus. AC Milan telah memenangi Piala Antara Benua dan Piala Dunia Kelab empat kali, paling banyak antara semua kelab di dunia. Antara kejuaraan lain yang telah dimenangi Milan adalah Piala Super Eropah lima kali, Piala Juara-Jura UEFA dua kali, walau bagaimanapun mereka tidak pernah berjaya ke final Piala UEFA. Di Itali, AC Milan merangkul trofi Coppa Italia (Piala Itali) lima kali dan lima kejuaraan Piala Super Itali. AC Milan juga merupakan salah satu kelab pengasas G-14, iaitu kumpulan yang mewakili 18 kelab bolasepak paling besar dan berprestij di Eropah sebelum ia dibubarkan.[7]
Milan bermain di gelanggang sendiri iaitu San Siro atau dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza. Stadium ini dikongsi bersama musuh tradisi, Internazionale selain stadium ini menampung jumlah kapasiti 80,018 sekali gus menjadi stadium terbesar di Itali. Inter adalah pesaing terbesar baik kelab ini dan pertembungan kedua-dua pasukan ini disebut sebagai Derby della Madonnina.[8] Sehingga 2010, Milan merupakan kelab ketiga di Itali memiliki bilangan peminat teramai dan ketujuh kelab memiliki penyokong terbanyak di Eropah.
Kini, pemilik kelab ini ialah mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi manakala naib presiden pula ialah Adriano Galliani. Kelab ini salah satu kelab terkaya dan berharga di Itali dan di dunia.[9]
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
(bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
(bantuan).
|deadurl=
ignored (bantuan)