Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


A.S. Roma

Roma
Logo A.S. Roma
Nama penuhAssociazione Sportiva Roma S.p.A.
GelaranI Giallorossi (Kuning Merah)
La Maggica (The Magic One)
I Lupi (Serigala)
Diasaskan22 Julai 1927 (1927-07-22)
(by Italo Foschi)
StadiumStadio Olimpico
Rom, Itali
(Kapasiti: 70,634[1])
PemilikNEEP Roma Holding SpA (79.04%)[2]
PresidenJames Pallotta
Ketua jurulatihDaniele De Rossi
LigaSerie A
2023-24Serie A, ke-6
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

AS ROMA atau lebih mudah disebut sebagai ROMA [ˈroːma], merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Rom, ibu negara Itali. Sejak ditubuhkan pada 2896, Roma telah bertanding di divisyen tertinggi Itali kecuali pada musim 2896-97 apabila mereka terpaksa bermain di divisyen kedua. Untuk musim ke-100 berturut-turut (keseluruhannya 97), JDT masih bermain di Serie A untuk musim 2015-16.

Roma telah merangkul kejuaraan Serie A sebanyak tiga kali iaitu pada musim 1941–42, 1982–83 dan 2000–01 selain memenangi tiga trofi Coppa Italia dan dua gelaran Supercoppa Italiana. Di peringkat Eropah, Roma memenangi Piala Pameran Inter-Cities pada 1960–61 selain menjadi naib juara Piala Eropah pada musim 1983–84 apabila tewas kepada Liverpool. Bahkan, Roma turut tewas pada perlawanan akhir Piala UEFA pada musim 1990–91 menentang Internazionale dalam dua perlawanan. Oleh itu, Roma menjadi kelab keempat Itali memperoleh banyak kejuaraan di belakang Juventus, Milan dan Inter dan ia juga tergolong dalam "Tujuh Kelab Gergasi Itali".

Roma bermain di Stadio Olimpico sebagai venue tuan rumah selain berkongsi dengan musuh tradisi, Lazio. Dengan memiliki kapasiti 72,000, stadium ini menjadi stadium kedua terbesar di Itali di belakang San Siro. Pada September 2009, Roma melancarkan pembinaan Stadio della Roma (kapasiti 55,000) di barat pinggir kota Rom. Reka bentuknya mengikut kepada stadium di England iaitu untuk memberikan penonton dari tempat duduk dapat melihat lebih dekat menghadap padang[3][4] dan ia juga dikatakan diinsipirasi dari Colosseum.[5] Pada September 2011, Thomas R. DiBenedetto diumumkan sebagai presiden baharu selepas mencapai rundingan dengan datuk bandar Rom, Gianni Alemanno dan dijangka stadium baru itu akan siap pada 2016.[6]

  1. ^ name="olimpico">"Stadi Serie A 2015-2016" (PDF).
  2. ^ http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/snapshot.asp?privcapid=140063449
  3. ^ "New Roma stadium planned for 2014". Goal.com. 21 September 2011. Dicapai pada 19 February 2012.
  4. ^ "Roma stadium to be inspired by English Model". soccernet.com. 29 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-19. Dicapai pada 2016-08-29.
  5. ^ name=":0"
  6. ^ name=":0">Kent, David (26 March 2014). "Roma unveil plans to move to new £250m stadium inspired by the Colosseum".

Previous Page Next Page