Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


AC Mizal


AC Mizal

AC semasa promosi untuk Anugerah MeleTOP Era 2015.
Kelahiran
Mizal bin Zaini

(1971-12-21) 21 Disember 1971 (umur 53)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikanMaktab Tentera Diraja
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, penyampai radio, ahli perniagaan
Tahun aktif1992–kini
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)
Pasangan
Anak-anak4
IbuDatin Madzinah Mansor
BapaDato' Zaini Md. Hasim
Hubungan
  • Rokiah Ibrahim (ibu mertua)
  • Abdul Hamid Md. Ally (bapa mertua)
  • Emelda Rosmila (adik ipar)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Pengkarya berkait

Dato' Mizal Zaini, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal (lahir 21 Disember 1971) ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara televisyen, penyampai radio dan ahli perniagaan Malaysia.[1][2][3][4][5] Sepanjang kerjayanya, AC telah merakamkan album dan lagu, membintangi sejumlah filem dan siri televisyen, mengacarakan rancangan hiburan, bual bicara dan majlis anugerah.

Beliau memulakan kerjaya hiburan sebagai ahli kumpulan hip hop 4U2C yang meraih kejayaan pada 1990-an. Kerjaya lakonannya bermula menerusi "Roda-Roda Kuala Lumpur", namun paling dikenali menerusi watak Inspektor Mazlan dalam "Gerak Khas",[6] yang merupakan siri drama TV paling lama bersiaran, seterusnya membintangi filem pertama, "Bara" (1999). Beliau melancarkan album solo pertamanya, "Tassamaqu" (2004). Antara filem-filem terkenal beliau ialah siri filem "Gerak Khas" (2001–2002), "Buli" (2004), "Baik Punya Cilok" (2005), "Cicak-Man" (2006), "My Spy" (2009) dan "Abang Long Fadil 2" (2017). AC telah menerima pelbagai anugerah dalam televisyen, filem dan muzik termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Lawak Warna dan Anugerah MeleTOP Era.

  1. ^ "Mizal Zaini". Sinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2011. Dicapai pada 2 Julai 2017.
  2. ^ Muhammad Faris Alfiq Mohd Afandi (17 Januari 2018). "5 Soalan Bersama... AC Mizal". Berita Mediacorp. Dicapai pada 17 Januari 2018.[pautan mati kekal]
  3. ^ Dennis Chua (27 Januari 2017). "Man for all stages" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2017. Dicapai pada 10 January 2018.
  4. ^ "Back to his first love" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. September 2015. Dicapai pada 10 Januari 2016.
  5. ^ "AC jatuh bangun tiga kali dalam perjalanan seni". Berita Harian Singapura. 31 Mei 2015. Dicapai pada 13 Januari 2018.
  6. ^ Suzan Ahmad (7 Jun 2009). "AC Mizal terharu terkenang watak Inspektor Mazlan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2009. Dicapai pada 9 Februari 2018.

Previous Page Next Page






ميزال زاينى ARZ AC Mizal English

Responsive image

Responsive image