Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Aaron Aziz


Aaron Aziz

Kelahiran
Aaron Mustapha bin Aziz

(1976-02-23) 23 Februari 1976 (umur 48)
WarganegaraSingapura
KerakyatanMalaysia[n 1]
PekerjaanPelakon, pengarah, pengacara, model
Tahun aktif2001–kini
PasanganDatin Diyana Halik (k. 2003)
Anak-anak3
IbuJuriana Jaafar

Dato' Aaron Mustapha bin Aziz (lahir 23 Februari 1976)[1] ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di Singapura dan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya di negara kelahirannya pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005). Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q.[2]

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Adam & Hawa, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008-10), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2009), KL Gangster (2011-13), Ombak Rindu (2011), Lari (2013), Suamiku, Encik Perfect 10 (2015), Dekatnya Cinta (2021), Sheriff: Narko Integriti (2024) dan The Experts (2024). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7,[3][4] Maggi, dan L'Oréal.

Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "n", tetapi tiada tag <references group="n"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "All about Aaron Aziz". The Sun Daily. 5 July 2013. Dicapai pada 15 July 2013.
  2. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (5 November 2018). "Fokus Aaron Aziz". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-07. Dicapai pada 7 November 2018.
  3. ^ "Unveiling Aaron Aziz as our product ambassador". Drive M7. 17 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-16. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  4. ^ Budiey (28 November 2011). "Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2015.

Previous Page Next Page






آرون عزيز Arabic آرون عزيز ARZ Aaron Aziz English Aaron Aziz ID 艾伦·阿基兹 Chinese

Responsive image

Responsive image