Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil 2
PengarahSyafiq Yusof
PenulisSyafiq Yusof
Lakon layarSyafiq Yusof
BerdasarkanKL Gangster oleh
Syamsul Yusof
Dihasilkan olehDatuk Yusof Haslam
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Disunting olehSyafiq Yusof
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
24 Ogos 2017 (Malaysia, Singapura & Brunei)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 3.2 juta[1]
Pecah panggungRM 18.15 juta[2][3]

Abang Long Fadil 2 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan dan lakon layar oleh Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.[4][5] Filem ini meranting dengan watak-watak sampingan dari filem pokok KL Gangster dan berkesinambungan kepada filem 2014 Abang Long Fadil yang juga ditulis dan diarahkan oleh Syafiq Yusof.[6][7][8] Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato' AC Mizal, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu,[a] A. Galak dan Mas Khan. Ia mengisahkan Fadil yang telah disalah anggap sebagai seorang pembunuh upahan profesional bernama Tiger. Beliau secara terpaksa ditarik masuk ke dalam kancah kongsi gelap diketuai Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Tania menjayakan watak sebagai Yana, kekasih Fadil dan juga seorang wartawan ditugaskan untuk meliputi kes Tiger manakala Syamsul sebagai Inspektor Wahab sedang menyiasat kes yang sama.[9][10][11]

Penggambaran dijalankan pada November 2015, manakala pasca-penerbitan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.[12] Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 di 130 panggung wayang seluruh negara selama 56 hari.[13][14] Filem ini merupakan kejayaan komersial dan kritikal, memperolehi sebanyak RM17.9 juta keseluruhan,[15] menjadikannya filem Malaysia dengan kutipan tertinggi pada 2017 dan filem Malaysia dengan kutipan tertinggi keseluruhan, mengatasi filem Polis EVO (2015).[16][17] Filem ini merupakan antara filem baharu yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia ke-29 yang berlangsung pada 23 September 2017.[18] Pada Disember 2017, Abang Long Fadil 2 telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem tempatan terbaik 2017 oleh Harian Metro.[19]

  1. ^ Akmal Abdullah (22 November 2015). "Filem 'Abang Long Fadil 2' bakal jalani penggambaran 50 hari, kos RM3.2 juta". Tabloidseni.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-21. Dicapai pada 2016-04-11.
  2. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2017". Finas.
  3. ^ CLARISSA CHUNG, CRYSTAL CHIAM SHIYING and R. ARAVINTHAN (10 Oktober 2017). "'Abang Long Fadil 2' breaks box office record". The Star (Malaysia). Dicapai pada 25 Mei 2018.
  4. ^ "Astro Shaw dan Skop Productions berganding hasilkan Abang Long Fadil 2". Astro Awani. 11 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ "8 Sebab Anda Patut Tengok Abang Long Fadil 2!". Astro Gempak. 8 September 2017. Dicapai pada 9 September 2017. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". Kosmo!. 6 August 2017. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ "Abang Long Fadil 2 bakal 'mengamuk'". Astro Awani. 5 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  8. ^ "Abang Long Fadil 2 kembali mengegarkan pawagam pada 24 Ogos ini". Astro Awani. 11 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ "'Abang Long Fadil 2' leading Malaysia's 2017 box office chart". The Malay Mail. 9 September 2017. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  10. ^ Mumtaj Begum (2 Oktober 2017). "'Abang Long Fadil 2' is the new king of Malaysian cinema". MSN. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (30 Ogos 2017). "Penonton 'gemarkan' Abang Long Fadil 2". Harian Metro. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  12. ^ "Abang's back with a bang!". New Straits Times. August 28, 2017.
  13. ^ "Abang Long Fadil 2 pecah rekod". Media Permata. 30 Ogos 2017.
  14. ^ "Abang Long Fadil 2 Layak Dianggap Sebagai Filem Bertaraf Antarabangsa". Bro Framestone. 31 Ogos 2017.
  15. ^ Mumtaj Begum (2 Oktober 2017). "'Abang Long Fadil 2' is the new king of Malaysian cinema". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-28. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  16. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2017". Finas.
  17. ^ Aqmar Mustaza (9 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 2 pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  18. ^ "Abang Long Fadil 2, Bisik Pada Langit Antara 53 filem Bertanding Di FFM29" (1 Oktober 2017). Astro Gempak. 20 September 2017. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  19. ^ Michelle Gun (25 Disember 2017). "Karya tempatan terbaik 2017". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2018.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Previous Page Next Page






Abang Long Fadil 2 CY Abang Long Fadil 2 English Abang Long Fadil 2 ID

Responsive image

Responsive image