Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Abby Abadi

Abby Abadi
Kelahiran
Arbaiyah binti Abdul Manan

(1977-12-01) 1 Disember 1977 (umur 47)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif1995 - kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
PasanganNorman Hakim (k. 2002; c. 2008)
Muhammad Noor Farhan (k. 2013; c. 2014)
Muhammad Faizal Zakaria (k. 2015)
Anak-anak3

Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (lahir 1 Disember 1977) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik ketika berusia 15 tahun melalui Kumpulan Alpha. Setelah kumpulan itu bubar, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada ahli Elite yang meraih kejayaan pada pertengahan dekad 1990-an. Beliau menjadi ahli asal kumpulan itu yang pertama mengundurkan dirinya pada 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Kerjaya lakonannya bermula dengan memegang watak sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di TV2 sebagai salah seorang daripada enam pelakon asalnya sejak drama ini mula diperkenalkan.


Previous Page Next Page






ابى ابادى ARZ Abby Abadi English Էբբի Աբադի HY Abby Abadi ID Abby Abadi IG Абади, Эбби Russian Abbay Abadi TL

Responsive image

Responsive image