Allahyarham Dato' Abdul Ajib Ahmad | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Mersing | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Zainal Abidin Osman |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 1986–1987 | |
Didahului oleh | Mohamed Nasir |
Digantikan oleh | Abang Abu Bakar Abang Mustapha |
Menteri Besar Johor | |
Dalam jawatan 29 April 1982 – 11 Ogos 1986 | |
Didahului oleh | Othman Saat |
Digantikan oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Endau | |
Dalam jawatan 1982–1986 | |
Didahului oleh | Abdul Rahman Sabri |
Digantikan oleh | Khadri Sabran |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Segamat, Johor, Malayan Union (kini Malaysia) | 13 September 1947
Mati | 3 Februari 2011 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 63)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO kemudian Semangat 46 |
Pasangan | Datin Ropeah Hassan |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli ekonomi |
Allahyarham Dato' Abdul Ajib bin Ahmad (13 September 1947 – 3 Februari 2011) merupakan Menteri Besar Johor kedua belas dari 29 April 1982 hingga 12 Ogos 1986. Beliau menggantikan Tan Sri Othman Saat yang mengundurkan diri setelah menerima tekanan dari Sultan Johor. Selepas beliau, Menteri Besar Johor ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri dalam kabinet Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1986.