Abdul Aziz Al-Rantisi | |
---|---|
عبد العزيز الرنتيسي | |
Ketua Hamas di Genting Gaza | |
Dalam jawatan Mac 2004 – April 2004 | |
Didahului oleh | Ahmed Yassin |
Digantikan oleh | Nizar Awadallah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Aziz Ali Abdul Majid Al-Rantisi عبد العزيز علي عبد المجيد الحفيظ الرنتيسي 23 Oktober 1947 Yibna, Palestin Bermandat |
Mati | 17 April 2004 Bandar Gaza, Genting Gaza | (umur 56)
Cause of death | Pembunuhan oleh tentera Israel |
Parti politik | Hamas |
Pasangan | Jamila Abdallah Taha al-Shanti |
Pendidikan | Universiti Iskandariah, Mesir |
Abdul Aziz Ali Abdul Majid Al-Rantisi (Arab: عبد العزيز علي عبد المجيد الحفيظ الرنتيسي ; 23 Oktober 1947 – 17 April 2004), digelar "Singa Palestin",[1][2] ialah pengasas sebuah pertubuhan Islam di Palestin, Hamas bersama-sama dengan Syeikh Ahmed Yassin.
Al-Rantisi merupakan pemimpin politik dan jurucakap Hamas di Genting Gaza semasa pembunuhan pemimpin utama Hamas, Syeikh Ahmed Yassin oleh Israel pada Mac 2004.[3] Rantisi menentang sebarang rundingan dengan Israel dan menyeru penubuhan sebuah negara Palestin (termasuk seluruh kawasan yang dianggap negara Israel) melalui tindakan ketenteraan menentang negara Yahudi tersebut.
Pada 17 April 2004, Angkatan Udara Israel membunuh Al-Rantisi dengan peluru berpandu Hellfire yang ditembak dari sebuah helikopter AH-64 Apache.