Abdul Latiff Ahmad | |
---|---|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tugas-tugas Khas | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Mastura Mohd Yazid |
Didahului oleh | Mohd Redzuan Md Yusof |
Kawasan pilihan raya | Mersing |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Mersing, Johor | |
Dalam jawatan 1999 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Zainal Abidin Osman |
Digantikan oleh | Muhammad Islahuddin Abas |
Majoriti | 10,861 (1999) 14,573 (2004) 13,736 (2008) 15,747 (2013) 8,459 (2018) |
Menteri Pembangunan Luar Bandar | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Abdul Rahman Mohamad Timbalan I Henry Sum Agong Timbalan II |
Didahului oleh | Rina Mohd Harun |
Digantikan oleh | Mahdzir Khalid |
Kawasan pilihan raya | Mersing |
Timbalan Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 17 Mac 2008 – 15 Mei 2013 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Abdul Halim |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi Najib Razak |
Menteri | Abdullah Ahmad Badawi Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Abu Seman Yusop |
Digantikan oleh | Abdul Rahim Bakri |
Kawasan pilihan raya | Mersing |
Timbalan Menteri Kesihatan | |
Dalam jawatan 27 Mac 2004 – 9 Mac 2008 | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin Sultan Mizan Zainal Abidin |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Menteri | Chua Soi Lek (2004-2008) Ong Ka Ting (Pemangku) (2008) Liow Tiong Lai (2008) |
Didahului oleh | Abu Seman Yusop |
Digantikan oleh | Rosnah Abdul Rashid Shirlin |
Kawasan pilihan raya | Mersing |
Timbalan Menteri Sumber Manusia | |
Dalam jawatan 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 | |
Raja | Sultan Salahuddin Tuanku Syed Sirajuddin |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad Abdullah Ahmad Badawi |
Menteri | Fong Chan Onn |
Didahului oleh | Affifudin Omar |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Bakar |
Kawasan pilihan raya | Mersing |
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad | |
Dalam jawatan 11 Jun 2013 – 30 Januari 2019 | |
Menteri | Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak Lim Guan Eng |
CEO | Ahmad Azizi Ali |
Didahului oleh | Yang Berhormat Datuk Seri Idris bin Haron |
Digantikan oleh | Mohammad Mentek |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Endau | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Ishak Awang |
Digantikan oleh | Zainal Abidin Osman |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ayer Hitam, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 9 Julai 1958
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | UMNO (sehingga 2018) BEBAS (2018-19) PPBM (2020-kini) |
Gabungan politik lain | BN (Sehingga 2018) PH (2019-20) PN (2020-kini) |
Pasangan | Datin Hajah Zuraidah Endot |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Gaji | RM89,894.83 sebulan[1] |
Abdul Latiff Ahmad di Facebook | |
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad (lahir 9 Julai 1958) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parlimen Malaysia untuk kawasan Mersing di dalam negeri Johor[2][3][4] dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sejak 30 Ogos 2021. Sebelum itu, beliau menyandang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dari 10 Mac 2020 sehingga 16 Ogos 2021. Beliau merupakan ahli parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari gabungan Perikatan Nasional di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Abdul Latiff telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) pada tahun 1995. Beliau bertukar kepada politik persekutuan pada tahun 1999, dan seterusnya berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia (1999 hingga 2004), Timbalan Menteri Kesihatan (2004 hingga 2008) dan Timbalan Menteri Pertahanan (2008 hingga 2013). Beliau telah ditinggalkan daripada kementerian Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat pemaju perumahan milik kerajaan.[5]