Abdul Taib Mahmud DK (I) (Johor); DK (I) (Pahang); SMN, PSM (Malaysia); SBS (Sarawak); SUMW (Wilayah Persekutuan); SPMJ (Johor); DP, DA (Sarawak); DGSM (Melaka); SSDK (Kedah); SSAP (Pahang); SSSA (Selangor); SPMT (Terengganu); SPDK (Sabah); DPPN (Pulau Pinang); DK (Brunei); KTWE (Thailand); KEPN (Indonesia); SPMB (Brunei); KOU (Korea); AO (Australia) | |
---|---|
![]() Abdul Taib pada 2016 | |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7 | |
Digelar sebagai Bapa Pemodenan Sarawak | |
Didahului oleh | Tun Abang Muhammad Salahuddin |
Digantikan oleh | Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Miri, Kerajaan Sarawak (kini negeri Sarawak, Malaysia) | 21 Mei 1936
Meninggal dunia | 21 Februari 2024 Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 87)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching, Sarawak |
Kerakyatan | Malaysia |
Kewarganegaraan | Sarawak |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Laila Taib (k. 1959; m. 2009) Ragad Waleed Alkurdi (k. 2010–2024) |
Anak | Jamilah Hamidah Taib Mahmud Abu Bekir Taib Sulaiman Abdul Rahman Taib Hanifah Hajar Taib |
Tempat belajar | Universiti of Adelaide |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tandatangan | ![]() |
Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (21 Mei 1936 – 21 Februari 2024) ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-7 dari 2014 sehingga 2024. Beliau juga merupakan Ketua Menteri Sarawak ke-4 dari 1981 hingga 2014 serta mantan Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri. [1] Taib juga adalah mantan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Gabungan Parti Sarawak. Beliau berketurunan Melanau.
Taib secara tidak rasmi digelar Pak Uban. Dalam kalangan masyarakat Cina beliau dipanggil Bai Mao (白毛), dalam bahasa ingeris ialah "White Hair" yang bermakna "rambut putih". Nama julukan lain untuk beliau adalah "raja putih terakhir" atau "raja berambut putih", merujuk kepada keluarga Brooke British yang telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih pada kurun ke-19 dan ke-20. [2] Dengan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981, beliau adalah Ketua Menteri / Menteri Besar paling lama berkhidmat di Malaysia. [3] Taib juga merupakan ahli parlimen kedua paling lama berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah iaitu selama 38 tahun.[4][5]
Pada 12 Februari 2014, Taib menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin berkuatkuasa 28 Februari, secara rasmi mengakhiri tempoh 33 tahun memegang jawatan itu. Beliau menamakan bekas adik iparnya, Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem sebagai pengganti. [6] Pada masa yang sama, beliau akan menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang tamat tempoh perkhidmatannya juga pada 28 Februari. [7] Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri ke-7 pada 1 Mac 2014 di Bangunan DUN Sarawak selepas mendapat watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari sebelumnya. [8] Beliau menjadi rakyat Sarawak kedua (selepas bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub) yang menjadi Yang di-Pertua Negeri selepas melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak.