Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Abdullah Abdul Kadir Munshi


Abdullah Abdul Kadir
عبد الله عبد بن القادر
Sehalaman dari Hikayat Abdullah edisi pertama bertulisan Jawi dari Perpustakaan Nasional Singapura, ditulis antara 1840 dan 1843 serta dicetak tahun 1849.
Sehalaman dari Hikayat Abdullah edisi pertama bertulisan Jawi dari Perpustakaan Nasional Singapura, ditulis antara 1840 dan 1843 serta dicetak tahun 1849.
LahirAbdullah bin Abdul Kadir
1796[1]
Melaka, Melaka Belanda
Meninggal dunia1854 (berumur 57–58)[1]
Jeddah, Empayar Uthmaniyah
PekerjaanPenulis, penterjemah dan guru
TempohAbad ke-19
GenreBukan cereka
SubjekSejarah Tanah Melayu
Tandatangan

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854) ialah seorang penulis kelahiran Melaka.

Beliau disegani sebagai antara pelopor dalam bidang persuratan bahasa Melayu secara amnya[2] khususnya dalam penerapan kewartawanan dalam penulisan bahasa Melayu semasa lalu mengubah pendekatan penulisan dalam bahasa Melayu secara ketara; hal ini menyumbang kepada jolokan sebagai Bapa Sastera Melayu Moden.[3] Beliau diberikan gelaran "Munshi" atas kebijaksanaannya ini, gelaran bahasa Parsi ini bermaksud "pendidik" atau "guru".

J.T. Thomson, seseorang yang telah hidup sezaman dengan Abdullah telah menggambarkan beliau: “Menurut fisiognomi, beliau adalah seorang orang Tamil daripada selatan Hindustan: badannya sedikit membongkok, kurus, bertenaga, berkulit perang, mukanya bujur, hidung tinggi dan sebelah mata menjuling ke luar sedikit. Beliau menggayakan pakaian biasa yang dipakai orang Tamil Melaka. Seluar Acheh, sarong bercorak kotak, baju cetak, kopiah empat segi dan sandal. Beliau mempunyai semangat dan kebanggaan orang Arab, ketabahan dan kehalusan orang Hindu – namun, beliau hanya orang Melayu dari segi bahasa dan simpatinya terhadap negara.[4]

Beliau meninggal dunia di Mekah semasa dalam perjalanan mengerjakan haji pada 1854.

  1. ^ a b Hoiberg, Dale H., penyunting (2010). "Abdullah bin Abdul Kadir". Encyclopædia Britannica. I: A-ak Bayes (ed. 15th). Chicago, Illinois: Encyclopædia Britannica Inc. m/s. 23. ISBN 978-1-59339-837-8.
  2. ^ James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 71. ISBN 978-0-86840-598-8.
  3. ^ World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. New York: Marshall Cavendish Corporation. 2008. m/s. 1218.
  4. ^ bin Abdul Kadir, Abdullah (1986). The Autobiography of Abdullah bin Abdul Kadir (1797-1854). Translated by Hill, A.H. Singapore: Oxford University Press. p. 5. ISBN 978-0195826265

Previous Page Next Page