Almarhum Raja Abdullah I Al-Hashimi | |
---|---|
Duli Yang Maha Mulia Raja Jordan | |
Pemerintahan | 25 Mei 1946 – 20 Julai 1951 (5 tahun, 56 hari) |
Diikuti oleh | Talal I |
Permaisuri Isteri muda | Musbah binti Nasser Suzdil Khanum Nahda binti Uman |
Anakanda | Puteri Haya Talal I Putera Nayef Puteri Munira Puteri Maqbula |
Kerabat | Hasyimiah |
Ayahanda | Syarif Hussein bin Syarif Ali Al-Hashimi, Syarif Makkah |
Bonda | Abdiya binti Abdullah |
Almarhum Raja Abdullah I bin Syarif Hussein Al-Hashimi, Raja Jordan I [‘Abd Allāh ibn al-Husayn] (Februari 1882 – 20 Julai 1951) (Arab) عبد الله الأول بن الحسين dilahirkan di Makkah, Empayar Uthmaniyyah, (hari ini di Arab Saudi) adalah anak kedua dari tiga anak lelaki kepada Syarif Hussein bin Syarif Ali Al-Hashimi, Sharif dan Emir dari Makkah dari isteri pertama beliau Abdiyya bint Abdullah (meninggal pada 1886). Beliau mendapat pendidikan di Constantinople (Istanbul), Turki dan Hijaz. Bermula pada tahun 1909 sehingga 1914, Abdullah berkhidmat dalam kerajaan Uthmaniyah, sebagai timbalan bagi Makkah, tetapi bersekutu dengan Britain semasa Perang Dunia I. Antara tahun 1916 hingga 1918, bekerja dengan pemimpin gerila Britain T. E. Lawrence, beliau memainkan peranan penting sebagai arkitek dan perancang bagi Pemberontakkan Besar Arab menentang pemerintahan Uthmaniyah, memimpin serangan gerila di perbatasan.