Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Abjad Yunani Arkaik

Banyak varian tempatan abjad Yunani digunakan di Yunani kuno semasa zaman arkaik dan awal klasik, sehingga sekitar 400 SM, apabila ia digantikan dengan abjad 24 huruf klasik yang menjadi standard pada hari ini. Semua bentuk abjad Yunani asalnya berdasarkan inventori abjad Phoenicia dengan 22 simbol, kecuali huruf Samekh, yang padanan Yunaninya Xi (Ξ) hanya digunakan dalam sesetengah kumpulan abjad Yunani, bersama-sama ditambahkan huruf Upsilon (Υ) untuk bunyi vokal /u, ū/.[1][2] Abjad tempatan, yang dipanggil epikorik, banyak perbezaannya: dalam penggunaan simbol konsonan Χ, Φ dan Ψ; dalam penggunaan huruf vokal panjang baru (Ω dan Η), jika tiada atau hadirnya Η dalam fungsi konsonan asalnya (/h/); dalam menggunakan atau tidak menggunakan huruf arkaik tertentu (Ϝ = /w/, Ϙ = /k/, Ϻ = /s/); dan dalam banyak perincian bentuk satu-satu huruf. Sistem yang kini dikenali sebagai abjad Yunani piawai dengan 24 huruf pada asalnya adalah varian serantau di bandar-bandar Ionia di Anatolia. Ia secara rasmi diterima pakai di Athens pada 403 SM dan di kebanyakan dunia Yunani yang lain pada pertengahan abad ke-4 SM.

  1. ^ Woodard 2010, m/s. 26–46.
  2. ^ Jeffery 1961, m/s. 21ff.

Previous Page Next Page