Abu Bakar al-Siddiq (Arab: أبو بكر الصديق, rumi: Abū Bakr al-Siddīq ) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634 masihi bersamaan 11 hijrah - 13 hijrah. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiakan unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (Yang membenarkan).[1] Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Uthman bin Amir bin Amru[2].