Adhirasam | |
---|---|
Jenis | Pastri |
Jenis sajian | Manisan |
Tempat asal | India Selatan |
Kawasan/rantau | Tamil Nadu, Andhra Pradesh, Karnataka, Telangana, Maharashtra, Odisha |
Bahan utama | Tepung beras, gula tebu tidak empar (jaggery) |
sunting · sunting di Wikidata |
Adhirasam (Tamil: அதிரசம் ), atau kajjaya (Kannada), ariselu (Telugu), anarsa (Marathi), sirsa (Chhattisgarhi) atau arisa pitha ( Odia) merupakan hidangan manisan tradisional kaum India. Manisan ini sangat terkenal dalam tamadun Tamil dan dimakan sebagai pencuci mulut.[perlu rujukan] Adhirasam adalah popular semasa upacara keagamaan, kedua-dua di rumah dan di kuil-kuil di Tamil Nadu[1][2]. Menurut inskripsi dari Krishnadevaraya , manisan ini dibuat dari tepung beras, gula tebu tidak empar, mentega dan lada [3].