oleh Virgil | |
![]() Manuskrip dari sekitar 1470, Cristoforo Majorana | |
Tajuk asal | AENEIS |
---|---|
Ditulis | 29–19 SM |
Terbitan pertama | 19 SM |
Negara | Republik Rom |
Bahasa | Latin Klasik |
Subjek | Kitaran Epik, Perang Troia, Pengasasan Rom |
Genre | Puisi epik |
Matra | Sadmatra daktilik |
Tarikh penerbitan | 1469 |
Penerbitan bahasa Melayu | 1697 |
Jenis media | Manuskrip |
Baris | 9,896 |
Didahului | Georgica |
Baca dalam talian | Aeneid at Wikisource |
Aeneid (Latin: Aenēĭs [ae̯ˈneːɪs] atau [ˈae̯neɪs]; Jawi: ايـنـيـيـد ) ialah puisi epik Latin yang menceritakan kisah legenda Aeneas, seorang Troia yang lari semasa kejatuhan Troia dan mengembara ke Itali, di mana dia menjadi moyang bangsa Rom. Ditulis oleh penyair Rom Virgil antara tahun 29 dan 19 SM, Aeneid terdiri daripada 9,896 baris dalam sadmatra daktilik.[1] Enam buku pertama daripada dua belas buku puisi ini menceritakan kisah pengembaraan Aeneas dari Troia ke Itali, dan enam buku yang seterusnya menceritakan peperangan yang akhirnya dimenangi oleh orang Troia menentang orang Latin, dengan Aeneas dan para pengikutnya akan menjadi moyang orang Rom.
Aeneas sudah dikenali sebagai seorang wira dalam legenda dan mitos Yunani-Rom, serta seorang watak dalam Iliad. Virgil mengambil kisah-kisah terputus tentang pengembaraan Aeneas, cerita-cerita rakyat tentang pengasasan Rom olehnya dan sifatnya sebagai seseorang yang berprinsip dan berbakti—pietas dalam bahasa Latin—dan membentuk Aeneid kepada mitos pengasasan atau epik negara yang menghubungkan Rom dengan legenda Troia, menjelaskan Perang Punic, mengangkat nilai-nilai tradisional Rom, dan mengesahkan dinasti Julius-Claudius sebagai keturunan para pengasas, pahlawan, dan dewa Rom dan Troia.
Aeneid secara meluas dianggap sebagai mahakarya Virgil dan salah satu karya teragung kesusasteraan Latin.[2][3]