Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Afdlin Shauki


Afdlin Shauki

افضلين شوقي
Kelahiran
Afdlin Shauki bin Aksan

(1971-05-19) 19 Mei 1971 (umur 53)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi
PasanganMaria Christina Orow Abdullah (k. 1997; c. 2022)
Datin Marcella (k. 2023)
Anak-anak3 (termasuk Mia Sara)
Ibu bapa
  • Aksan Abu Bakar (bapa)
  • Fadzilah Jelani (ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif1989–kini
Syarikat rakaman
Acid Rain Records
Pengkarya berkait
Acidiz, Sheila Majid, Zainal Abidin, Azman Warren, Amir Yussof, Zubir Ali
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, muzik
GenreKomedi, sketsa, satira
Laman web rasmiwww.afdlinshauki.com

Dato' Afdlin Shauki bin Aksan (lahir 19 Mei 1971) atau dikenali sebagai Chief Kodok dan juga Sedey Malas oleh peminatnya merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah, penerbit, penulis skrip, pengacara dan penyanyi lelaki Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi di bawah Roslan Aziz Productions (RAP) dan berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) sebanyak 5 kali. Pada tahun 2003, beliau melancarkan album studio sulungnya, Fuuyo! yang mana Afdlin turut mencipta beberapa lagu.[3][4][5]

Selain itu, beliau juga menjadi pengacara untuk beberapa rancangan TV seperti Golden Dreams (1999), Golden Dreams Extreme (2000), TV: ISM (2003), Ah-ha (2004), Liga Lawak Superstar (2013) dan Arena Panggang (2018). Afdlin terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Anna and the King (1999), Soal Hati (2001), Soalnya Siapa? (2002), Biar Betul (2004), Cuci (2008), Sepi (2008), Nasi Lemak 2.0 (2011), Kami Histeria (2014) dan Bikers Kental 2 (2019). Beliau juga terkenal dengan filem-filem arahannya seperti Buli (2004),[6] Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006), Sumolah (2007), Papadom (2009), Misteri Jalan Lama (2011) dan Untuk Tiga Hari (2012).

Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam industri hiburan seperti Anugerah Industri Muzik dan Festival Filem Malaysia. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[7]

  1. ^ Elaine Ewe (17 April 2012). "Daredevil Afdlin Shauki" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 8 November 2012.
  2. ^ "Afdlin belum terfikir untuk bersara". Harian Metro. 23 Mei 2013. Dicapai pada 10 November 2019.
  3. ^ Joanna Abishegam (15 September 1991). "Alf's really out of this world". New Sunday Times. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  4. ^ Haswari Ali (4 April 2002). "Sasaran baru Afdlin". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  5. ^ Hartati Hassan Basri (18 Ogos 1997). "Afdlin sedia melangkah". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  6. ^ Abie Abdullah (6 Mei 2004). "Afdlin cipta impian". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.

Previous Page Next Page






افدلين شاوكى ARZ Afdlin Shauki English Afdlin Shauki Spanish Afdlin Shauki ID Afdlin Shauki Polish

Responsive image

Responsive image