Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IAEA |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Anggota bagi | Gabungan Pemeliharaan Digital, Persatuan Penerbit Saintifik, Teknikal dan Perubatan Antarabangsa |
Bahasa rasmi | Bahasa Rusia, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Arab, bahasa Cina |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1957 |
Pengurusan | |
Pengarah/pengurus | Rafael Grossi |
Pertubuhan induk | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Subsidiari | Rangkaian Perpustakaan Nuklear Antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - Trieste |
Perangkaan | |
Belanjawan | 380,000,000 euro (2021) |
Kakitangan/pekerja | 2,500 (2021) |
Anugerah | |
Hadiah Keamanan Nobel (2005) | |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Vienna |
Lokasi | |
Koordinat | 48°14′2″N 16°24′58″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini bertujuan mempromosikan penggunaan secara aman tenaga nuklear dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan. Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung PBB tahun 1953, berkata penciptaan pertubuhan ini dapat mengawal dan membangunkan tenaga atom. Pertubuhan ini dan Ketua Pengarahnya, Mohamed ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 7 Oktober 2005.
Pihak media sering merujuk IAEA sebagai "Badan Pengawas Nuklear PBB".
IAEA berpusat di Vienna, Austria. Dua "Pejabat Keselamatan Serantau" terletak di Toronto, Kanada; dan Tokyo, Jepun. IAEA mempunyai dua pejabat lain, satu terletak di New York, AS; dan satu terletak di Geneva, Switzerland. Tambahan pula, IAEA mempunyai makmal-makmal di Seibersdorf dan Vienna, Austria; Monaco; dan Trieste, Itali.