Ahli farmasi, (Jawi: اهلي فرماسي ) juga dikenali sebagai farmasis (Inggeris: Pharmacist) adalah penjaga kesihatan profesional yang bekerja di farmasi, bidang sains kesihatan yang menumpu pada kegunaan ubat-ubatan secara berkesan dan selamat. Peranan ahli farmasi telah bertukar dari peranan pemberi "jilat, tampal, dan tuang" klasik (iaitu, "jilat & tampal label, mengira pil dan menuang cecair"), kepada ahli bersepadu bagi pasukan penjaga kesihatan yang terbabit secara langsung dengan penjagaan pesakit.[1][2] Ahli farmasi melalui pendidikan tahap universiti bagi memahami mekanisma biokimia mengenai tindakan dadah, kegunaan dadah, dan peranan terapeutik, kesan sampingan, potensi tindak balas dadah, dan parameter pemantauan. Ini digabung dengan anatomi, fisiologi, dan patofisiologi. Ahli farmasi menafsir dan menjelaskan pengetahuan khusus ini kepada pesakit, doktor, dan pembekal penjagaan kesihatan yang lain.
Selain syarat perlesenan, negara berlainan memerlukan ahli farmasi memiliki samada Ijazah Farmasi atau ijazah Doktor Farmasi.