Ahmad Jazlan Yaakub PJN; SSAP (Pahang); DCSM (Melaka); DJMK (Kelantan) | |
---|---|
احمد جزلان يعقوب | |
Pengerusi FELCRA | |
Dalam jawatan 2 Oktober 2021 – Kini | |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob Anwar Ibrahim |
Menteri | Mahdzir Khalid Zahid Hamidi |
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia | |
Dalam jawatan 2 April 2020 – 6 Januari 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Didahului oleh | Tan Sri Dato' Seri Mohd Bakke Salleh |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Machang, Kelantan | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Saifuddin Nasution Ismail (PKR - PR) |
Digantikan oleh | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
Majoriti | 805 (2013) 2,824 (2018) |
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah | |
Dalam jawatan 28 Julai 2015 – 7 April 2018 Berkhidmat with Alexander Nanta Linggi | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Hasan Malek Joseph Entulu Belaun |
Digantikan oleh | Sivarasa Rasiah |
Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara | |
Dalam jawatan Feb 2015 – Ogos 2015 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Menteri | Douglas Uggah Embas |
Digantikan oleh | Datuk Mohd Adhan Kechik |
Presiden Kelantan FA | |
Dalam jawatan 2004–2007 | |
Didahului oleh | Wan Hashim Wan Daud |
Digantikan oleh | Annuar Musa |
Pengurus Kelantan FA | |
Dalam jawatan 2006–2008 | |
Didahului oleh | Azman Ibrahim |
Digantikan oleh | Peter James Butler |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad Jazlan bin Yaakub 30 Ogos 1964 Jelawat, Bachok, Kelantan Darul Naim |
Parti politik | UMNO |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) Perikatan Nasional (PN) (2020-2021) |
Pasangan | Datin Hajah Wan Norizan binti Wan Ismail Datin Hajah Noorul Ain binti Mohmad Nor |
Anak | Nur Diana Ahmad Jazlan Marisa Afira Ahmad Jazlan Nur Efani Ahmad Jazlan Ahmad Azrul Arif Ahmad Jazlan Ahmad Edry Ariff Ahmad Jazlan Ahmad Imran Ariff Ahmad Jazlan |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Laman web | www |
YH Dato' Sri Haji Ahmad Jazlan Yaakub (30 Ogos 1964) ialah ahli politik di Malaysia, beliau juga merupakan bekas ahli Dewan Rakyat Malaysia yang mewakili kawasan Parlimen Machang di Kelantan dari 2013 hingga 2022. Beliau telah menyandang kerusi Parlimen Machang selama 2 penggal iaitu 2013-2018 dan 2018-2022 mewakili parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Kini, beliau menjadi Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan. Dalam parti, Ahmad Jazlan merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Ahmad Jazlan juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam Kabinet pada tahun 2015 hingga 2018.