Ahmadiyyah (Urdu: احمدِیہ) , secara resmi dikenal sebagai Jama'at Ahmadiyya Muslim (AMJ), adalah gerakan messianik Islam yang bermula di India Britania pada akhir abad ke-19., bermula dengan kehidupan dan ajaran Mirza Ghulam Ahmad (1835–1908), yang mendakwa memenuhi ramalan pengislah dunia di akhir zaman, seperti disebut dalam tradisi pelbagai agama dunia dan membawa kejayaan akhir Islam sebagaimana yang dijanjikan dalam ajaran Islam. Beliau mendakwa merupakan mujaddid (pengislah) abad Islam ke-14, Al-Masih dan Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu Muslim.[1][2][3][4][5] Pengikut ajaran Ahmadiyyah dirujuk sebagai Ahmadi atau Muslim Ahmadi. Ahmadi menekankan kepercayaan bahawa Islam ialah hukum terakhir untuk manusia sebagaimana diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan keperluan mengembalikan intipati sebenar dan bentuk aslinya, yang telah hilang ditelan zaman. Demikian, Ahmadi melihat diri mereka sebagai pendulu pemulihan dan penyebaran aman Islam.[6] Ahmadi merupakan antara masyarakat Muslim terawal tiba di Britain dan negara Barat lain.[6]
Terdapat sekatan undang-undang terhadap Ahmadi di beberapa negara Muslim, khususnya Pakistan.[7]