"Air Mata di Kuala Lumpur" | |
Ditulis oleh | P. Ramlee |
---|---|
Muzik oleh | P. Ramlee |
Lirik oleh | P. Ramlee |
Dikeluarkan pada | 1972 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bentuk keluaran | LP |
Artis asal | Saloma |
Dirakamkan oleh | Saloma |
Dipersembahkan oleh | Saloma |
Air Mata di Kuala Lumpur merupakan sebuah lagu yang disusun dan ditulis oleh legenda layar perak dari Malaysia iaitu P. Ramlee. Lagu ini kemudiannya menjadi lagu ciptaan terakhir daripada beliau sebelum meninggal dunia pada 29 Mei 1973, iaitu pada usia 44 tahun. Lagu ini dinyanyikan oleh isterinya, Saloma dan dimuatkan di dalam album berbentuk piring hitam yang bertajuk Air Mata di Kuala Lumpur.