Air laut atau air masin ialah air dari laut atau lautan. Pada purata, air laut di lautan dunia mempunyai kemasinan kira-kira 3.5% (35 g/L, atau 599 mM). Ini bererti bahawa setiap kilogram (kira-kira satu liter mengikut isi padu) air laut mempunyai anggaran 35 gram (1.2 oz) garam terlarut (terutamanya ion-ion natrium (Na+) dan klorida (Cl−)). Ketumpatan purata di permukaan ialah 1.025 g/ml. Air laut adalah lebih tumpat daripada kedua-dua air tawar dan air tulen (ketumpatan 1.0 g/ml @ 4 °C (39 °F)) kerana garam terlarut menambah jisim tanpa menyumbang secara ketara kepada isi padu. Takat beku air laut menurun sebaik kepekatan garam meningkat. Pada kemasinan tipikal air laut membeku pada kira-kira −2 °C (28 °F).[1] Air laut tersejuk yang pernah dicatat (dalam keadaan cecair) adalah pada 2010, di dalam anak air di bawah glasier Antartika, dan berukuran pada −2.6 °C (27.3 °F).[2]