ISA 1960 | |
---|---|
Malaysia | |
Tajuk Panjang: | Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 |
Tarikh | |
Perkenan DiRaja: | 1960 |
Penggubalan: | 1960 |
Pembatalan: | 2012 |
Undang-Undang Lain | |
Pindaan: | 1988 |
Undang-undang berkaitan: | Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1955 |
Status: Sebahagiannya Dipinda | |
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia, melibatkan beribu-ribu orang[perlu rujukan] termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad.[perlu rujukan] Namun pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.[1]