Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Alel

Alel bermaksud bentuk-bentuk lainan bagi gen yang sama ataupun lokus genetik (lazimnya kelompok gen).[1][2] Alel merupakan bentuk alternatif bagi suatu gen untuk suatu sifat yang membuahkan kesan-kesan yang berbeza. Adakalanya alel yang berbeza-beza boleh menyebabkan perbezaan dalam ciri fenotip yang dapat diperhatikan, seperti kelainan pigmentasi. Bagaimanapun, kebanyakan kelainan genetik tidak menimbulkan sebarang perbezaan yang ketara.

Kebanyakan organisma multisel adalah diploid, iaitu mempunyai dua set kromosom. Kromosom ini merupakan kromosom homolog. Organisma diploid memiliki satu salinan dari setiap gen (dan oleh itu satu alel) pada setiap kromosom. Organisme yang kedua-dua alel adalah sama adalah homozigot, sementara yang berbeza alel-alelnya adalah heterozigot.

Dalam sesebuah populasi atau spesies organisma lazimnya terdapat berbilang alel di setiap lokus dalam kalangan pelbagai individu. Kelainan alel di suatu lokus boleh disukat sebagai bilangan alel (polimorphisme) yang terdapat, ataupun kadar heterozigot dalam populasi.

Misalnya, pada lokus gen bagi antigen karbohidrat jenis darah ABO pada manusia,[3] ilmu genetik klasik mengenali tiga alel, iaitu IA, IB, dan IO yang menentukan keserasian pemindahan darah. Setiap individu memiliki satu daripada enam genotip berkemungkinan (AA, AO, BB, BO, AB, dan OO) yang menghasilkan salah satu daripada empat fenotip yang mungkin, iaitu: "A" (dihasilkan oleh genotip homozigot AA dan heterozigot AO), "B" (dihasilkan oleh genotip homozigot BB dan heterozigot BO), heterozigot "AB", dan homozigot "OO". Kini diketahui bahawa setiap alel A, B, dan O sebenarnya adalah sekelompok alel dengan pelbagai jujukan DNA yang menghasilkan protein dengan sifat-sifat yang seiras: diketahuinya lebih daripada 70 alel pada lokus ABO.[4] Seseorang yang berjenis darah "A" mungkin heterozigot AO, homozigot AA, atau heterozigot AA dengan dua alel "A" yang berbeza.

Istilah "alel" adalah singkatan bagi alelomorf ("bentuk lain"), yang digunakan pada awal zaman ilmu genetik untuk menyifatkan bentuk-bentuk kelainan gen yang dikesan sebagai pelbagai fenotip. Ia terbentuk dari awalan bahasa Yunani ἀλλήλ- ["allel-"], yang bermaksud "saling" atau "satu sama lain", yang berpunca daripada kata sifat Yunani ἄλλος (allos; seasal dengan Latin "alius") yang bermaksud "lain".

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Collins
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Basic glossary on genetic epidemiology
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama <ref name=
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Sequence variation at the human ABO locus

Previous Page Next Page






Alleel AF أليل (وراثة) Arabic Allel AZ Алелі BE Алел Bulgarian ཨེ་ལིལ། BO Alel BS Al·lel Catalan ئەلیل CKB Alela Czech

Responsive image

Responsive image