| |||||||
Ditubuhkan | 27 Disember 1952 (sebagai Japan Helicopter and Aeroplane) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Hab kedua | |||||||
Bandar tumpuan | |||||||
Program kesetiaan | ANA Mileage Club | ||||||
Perikatan | Star Alliance | ||||||
Subsidiari | |||||||
Pesawat | 212 207 (+117 tempahan, +10 pilihan) | ||||||
Destinasi | 104 | ||||||
Syarikat induk | ANA Holdings Inc. | ||||||
Diniagakan sebagai | |||||||
Ibu pejabat | Shiodome City Center Minato, Tokyo, Jepun[2] | ||||||
Orang penting | Mineo Yamamoto (CEO), Yoji Ohashi (Chairman),
| ||||||
Pendapatan | ▼ ¥1.974 trilion (2019)[3] | ||||||
Pendapatan operasi | ▼ ¥60.8 bilion (2019)[3] | ||||||
Pendapatan bersih | ▼ ¥27.7 bilion (2019)[3] | ||||||
Jumlah aset | ▼ ¥2.560 trilion (2019)[3] | ||||||
Jumlah ekuiti | ▼ ¥1.061 trilion (2019)[3] | ||||||
Pekerja | ▼ 42,196 (2022)[4] | ||||||
Laman web | www www |
All Nippon Airways Co., Ltd. (全日本空輸株式会社 , Zen Nihon Kūyu Kabushiki-gaisha, TYO: 9202 , LSE: ANA), juga dikenali sebagai Zennikkū (全日空 ) atau ANA, (Bahasa Melayu; syarikat Penerbangan All Nippon (seluruh Jepun)) ialah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Pusat Bandar Shiodome di kawasan Shiodome di Minato, Tokyo, Jepun [5][6][7]. Ia mengendalikan perkhidmatan ke destinasi domestik dan antarabangsa [8] dan mempunyai lebih daripada 20,000 pekerja setakat Mac 2016.[9]
Hab antarabangsa utama ANA terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di luar Tokyo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka. Hab domestik utamanya pula terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka, Lapangan Terbang Antarabangsa Chūbu Centrair (berdekatan Nagoya), dan Lapangan Terbang Chitose Baru (berdekatan Sapporo).[10]
Sebagai tambahan kepada operasi talian utamanya, ANA mengawal beberapa syarikat penerbangan penumpang subsidiari,[11] termasuk anaka syarikat yang terdiri dari ANA Wings, Air Nippon, Air Do (sebuah syarikat penerbangan tambang rendah, yang mengoperasikan perkhidmatan berjadual antara Tokyo dan beberapa bandar di Hokkaido), dan Allex Cargo (ANA Cargo - bahagian pengangkut barang yang dikendalikan oleh Air Japan). ANA juga merupakan pemegang saham terbesar dalam Peach, syarikat penerbangan tambang rendah usaha sama dengan syarikat Hong Kong First Eastern Investment Group. Pada Oktober 1999, syarikat penerbangan itu menjadi ahli Star Alliance. Pada 29 Mac 2013, ANA dinamakan Syarikat Penerbangan 5 Bintang oleh Skytrax. Pada 27 April 2018, ANA mengumumkan ANA Business Jet Co., Ltd., usaha sama dengan Sojitz untuk menawarkan penerbangan sewa jet peribadi.