Ampersan, juga dikenali sebagai tanda dan, merupakan logogram & yang mewakili kata hubung "dan". Ia berasal daripada gabungan dua huruf dalam perkataan et, iaitu "dan" dalam bahasa Latin.[1]
Menurut Geoffrey Glaister dalam Glossary of the Book , istilah ampersan (bahasa Inggeris: ampersand ) timbul daripada kerancuan ungkapan and per se and yang bermaskud "aksara 'dan' sendiri adalah (perkataan) 'dan'". Simbol & terbentuk daripada gabungan huruf et, iaitu "dan" dalam bahasa Latin.[2]
Dalam bahasa Inggeris apabila membacakan ejaan, terdapat tradisi yang mana sebarang huruf yang juga boleh digunakan sebagai perkataan sendiri ("A", "I", dan, "O") disebut dengan ungkapan Latin per se ('dengan sendirinya'), misalnya "per se A" atau "A per se A".[3][4][5] Begitu juga, aksara &, apabila digunakan dengan sendirinya berbanding dengan bentuk yang lebih lanjutan seperti &c., disebut and per se and .[6][7] Lama-kelamaan frasa and per se and ini secara tabii terubah menjadi istilah ampersand lalu memasuki kosa kata am bmahasa Inggeris pada tahun 1837.[4][8][9]