Amy Klobuchar | |
---|---|
Senator A.S. dari Minnesota | |
Menyandang jawatan 3 Januari 2007 Berkhidmat with Tina Smith | |
Didahului oleh | Mark Dayton |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Amy Jean Klobuchar 25 Mei 1960 Plymouth, Minnesota, U.S. |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | John Bessler (k. 1993) |
Anak | 1 |
Saudara | Jim Klobuchar (bapa) |
Pendidikan | Universiti Yale Universiti Chicago |
Tandatangan | |
Laman web | Laman web Senat |
Amy Jean Klobuchar (/ˈkloʊbəʃɑːr/ KLOH-bə-shar; lahir 25 Mei 1960) ialah seorang peguam dan ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Senator Amerika Syarikat dari Minnesota sejak tahun 2007. Beliau mengumumkan pencalonannya untuk pemilihan calon presiden untuk presiden Amerika Syarikat parti Demokrat dalam pilihan raya 2020 pada 10 Februari 2019. Namun, pada 2 Mac 2020, beliau menarik diri dan mengumumkan sokongan kepada Joe Biden.[1][2]
Dilahirkan di Plymouth, Minnesota, Klobuchar adalah lulusan Universiti Yale dan sekolah perundangan Universiti Chicago. Beliau adalah rakan kongsi di dua firma undang-undang Minneapolis sebelum dipilih sebagai peguam daerah untuk Daerah Hennepin pada tahun 1998. Setelah menjawat jawatan itu, beliau bertanggungjawab untuk semua pendakwaan jenayah di daerah paling padat dengan penduduk di Minnesota. Klobuchar pertama kali dipilih ke Senat pada tahun 2006, menjadi senator wanita pertama dipilih di Minnesota dan dipilih semula pada tahun 2012 dan 2018.[3] Pada tahun 2009 dan 2010, beliau digambarkan sebagai "bintang menyerlah" dalam parti Demokrat.[4][5]