Angkatan Maritim Pertahanan Diri Jepun | |
---|---|
海上自衛隊 | |
![]() Panji-panji Angkatan Maritim Pertahanan Diri Jepun | |
Ditubuhkan pada | 1 Julai 1954[1] |
Negara | ![]() |
Jenis | Tentera laut |
Peranan | Peperangan laut |
Saiz | 50,800 anggota 154 kapal[2][3] 346 pesawat[4] |
Sebahagian daripada | ![]() |
Pangkalan | Ichigaya, Shinjuku, Tokyo, Jepun |
Warna | Biru laut dan putih |
Kawat | Gunkan March ![]() |
Armada | 19 kapal selam 4 kapal pengangkut helikopter 26 kapal pembinasa 10 frigat 6 kapal pengiring pembinasa 3 kapal pendarat 30 kapal penyapu ranjau 6 bot peronda 8 kapal latihan (21 kapal auksiliari) |
Laman web | www |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi | PM Fumio Kishida |
Menteri Pertahanan | Tarō Kōno |
Ketua Turus, Staf Bersama | Jeneral Kōji Yamazaki |
Ketua Turus Maritim | Laksamana Hiroshi Yamamura |
Angkatan Maritim Pertahanan Diri Jepun (海上自衛隊 , Kaijō Jieitai), JMSDF, juga dirujuk sebagai Tentera Laut Jepun,[5] adalah cabang peperangan laut bagi Angkatan Pertahanan Diri Jepun, ditugaskan dengan pertahanan laut perairan Jepun. Ia dibentuk setelah terbubarnya Tentera Laut Imperial Jepun, iaitu seusai Perang Dunia Kedua.[6] Angkatan ini memiliki armada yang besar dengan kemampuan operasi laut lepas yang nyata. Kekuatan persenjataannya secara ketat ditujukan untuk pertahanan. Tugas utama angkatan ini adalah mempertahankan kawalan negara ke atas jalur pelayaran dan melakukan rondaan perairan wilayah. Ia juga telah meningkatkan keterlibatannya dalam operasi pengaman (peacekeeping operation, PKO) dan operasi pencegahan maritim (maritim interdiction operation, MIO) di bawah pimpinan PBB.
Angkatan ini berkekuatan rasmi sekitar 50,800 anggota. Ketua Turus Maritim saat ini adalah Laksamana Hiroshi Yamamura.