Angkatan Pertahanan Diri Jepun (自衛隊 , Jieitai), JSDF, juga dirujuk sebagai Angkatan Pertahanan Diri (SDF), Angkatan Pertahanan Jepun (JDF), atau angkatan tentera Jepun,[5] adalah angkatan tentera bersepadu Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1954, dan dikawal selia oleh Kementerian Pertahanan. JSDF disenaraikan sebagai angkatan tentera keempat paling kuat di dunia bagi keupayaan konvensional dalam laporan Credit Suisse pada tahun 2015[6] dan ia mempunyai belanjawan tentera kelapan terbesar dunia.[7] Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah terlibat dalam operasi pengaman antarabangsa termasuklah Pasukan Pengaman PBB.[8]
Ketegangan, terutamanya dengan Korea Utara,[9] telah mencetuskan perdebatan status JSDF dan hubungannya dengan masyarakat Jepun.[10] Garis panduan tentera pada Disember 2010 telah memfokuskan semula JSDF daripada bekas Soviet Union (sekarang Rusia) memberi tumpuan kepada China, terutamanya mengenai wilayah rebutan Kepulauan Senkaku. Kerjasama telah meningkat antara Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Korea Selatan dan Australia.[11][12]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Defendingjapan.wordpress.com
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CreditSuisse2015
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sipri 2011
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama brit-exercise