Angkatan Tentera Amerika Syarikat | |
---|---|
Lambang cabang perkhidmatan tentera Amerika Syarikat | |
Diasaskan | 14 Jun 1775 |
Cabang khidmat | |
Ibu pejabat | The Pentagon |
Kepimpinan | |
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat | Presiden Amerika Syarikat |
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat | Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat |
Pengerusi Ketua Turus Bersama | Charles Q. Brown Jr. |
Usia masuk tentera | 17–45 tahun |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Perang Revolusi Amerika Tempoh awal negara Pembesaran Kontinental Perang Saudara Amerika Era elepas Perang Saudara Perang Dunia I (1917–1918) Perang Dunia II (1941–1945) Perang Dingin (1945–1991) Era selepas Perang Dingin (1991–2001) Perang Menentang Keganasan (2001–kini) |
Angkatan Tentera Amerika Syarikat adalah angkatan tentera bagi Amerika Syarikat.[1] Ia terdiri daripada enam cabang tentera: Tentera Darat Amerika Syarikat, Kor Marin Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat, Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Angkasa Amerika Syarikat dan Pengawal Pantai Amerika Syarikat.[2][3] Kesemua enam perkhidmatan bersenjata adalah antara lapan perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat.[4]
Kesemua cabang ini kecuali Pengawal Pantai tertakluk di bawah pentadbiran Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang mana dikawal oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Ketua tertinggi bagi Angkatan Tentera Amerika Syarikat adalah Presiden Amerika Syarikat.