Di Wilayah Autonomi Islam Mindanao, kumpulan pemisah terbesar iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro kini bertempur dengan kerajaan pusat. Kumpulan militan lain seperti Barisan Pembebasan Islam Moro, puak komunis New People's Army, dan Abu Sayyaf pernah menculik warga asing untuk wang tebusan, khususnya di pulau selatan Mindanao.[7][8][9][10] Kehadiran mereka susut atas berkat kawalan keselamatan dari kerajaan Pusat.[11][12] Pada 1.1 peratus daripada KDNK, Filipina kurang berbelanja untuk tentera daripada purata ASEAN.[13][14]
Filipina bersekutu dengan Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua. Sebuah perjanjian pertahanan bersama antara kedua-dua negara ditandatangani pada 1951. Filipina menyokong dasar-dasar AS sewaktu Perang Dingin serta terlibat dalam perang-perang Korea dan Vietnam. Setelah bermulanya Perang Terhadap Keganasan, Filipina menyertai angkatan tentera bergabung yang menyokong usaha AS di Iraq.[15]
Angkatan tentera ini berasal dari penubuhan "Peninjau Filipina" pada 1901 oleh Amerika Syarikat untuk membantu menentang revolusi Jeneral Emilio Aguinaldo. Seterusnya Angkatan Tentera Filipina ditubuhkan secara rasmi semasa era Komanwel Amerika melalui Commonwealth Act No. 1 atau National Defense Act pada 21 Disember1935. Dibentuk di bawah seliaan penasihat JeneralDouglas MacArthur yang dijemput oleh Presiden KomanwelManuel L. Quezon, Angkatan Tentera Filipina secara kasarnya mengikut struktur ketenteraan Amerika Syarikat.
^Hayden Cooper, 2012, Australian Broadcasting Corporation, Government urged to help kidnapped Australian, Retrieved September 3, 2014, "...Warren Richard Rodwell from Australia being held captive by this group since December 5, 2011...please do whatever to raise the 2 million US dollars they are asking for my release ..."[6]
^Florante S. Solmerin, December 7, 2013, Manila Standard, Abu Sayyaf keeping 17 foreigners hostageDiarkibkan Oktober 6, 2014, di Wayback Machine, Retrieved September 3, 2014, "...17 foreigners, mostly birdwatchers, were being held hostage by the Abu Sayyaf Group..."
^Roel Pareño, The Philippine Star, March 24, 2013, Sayyaf releases Aussie hostage, Retrieved September 3, 2014, "...Australian Warren Rodwell emerged early yesterday withered after being held for 15 months by Abu Sayyaf bandits in southern Mindanao..."
^Sun Star, April 25, 2014, Abducted tourist, hotel staff now in Sulu, Retrieved September 3, 2014, "...Abu Sayyaf bandits have brought a Chinese tourist and a Filipino hotel receptionist to their jungle stronghold in southern Philippines after kidnapping the women from a dive resort in eastern Malaysia ..."
^"SIPRI Military Expenditure Database". Stockholm International Peace Research Institute 2016, Signalistgatan 9, SE-16972 Solna, Sweden. Dicapai pada March 27, 2016.