Cabang |
---|
Sejarah |
Pasukan Khas |
Anggota dalam |
Misi dan aturgerak seberang laut terkini[8] |
Angkatan Tentera Turki (Turki: Türk Silahlı Kuvvetleri , TSK) ialah angkatan bersenjata di Republik Turki. Ia terdiri daripada tentera darat, tentera laut dan tentera udara. Gendarmerie dan Pengawal Pantai, kedua-duanya ialah penguat kuasa undang-undang dengan fungsi ketenteraan, beroperasi sebagai komponen pasukan keselamatan dalam negara semasa zaman aman, dan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri. Semasa perang, pasukan ini akan diletakkan di bawah arahan tentera darat dan tentera laut. Presiden Turki merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata.
Selepas menjadi anggota NATO pada 18 Februari 1952, Turki memulakan program pemodenan bersepadu ke atas pasukan angkatan bersenjatanya. Tentera Darat Turki dihantar berperang ke Korea, di mana mereka telah memainkan peranan penting. Menjelang akhir tahun 1980-an, proses penstrukturan semula kedua telah dimulakan. Angkatan Tentera Turki melibatkan diri dalam Kumpulan Tempur Kesatuan Eropah di bawah kawalan Majlis Eropah, dikenali sebagai Kumpulan Tempur Itali-Romania-Turki. Angkatan Tentera Turki juga menyumbang kakitangan operasi kepada kor tentera darat pelbagai negara Eurocorps yang diusahakan oleh Kesatuan Eropah dan NATO.
<ref>
tidak sah, nama "Turkish" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
|accessdate=
(bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama factbook
|accessdate=
(bantuan)
|accessdate=
(bantuan)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/>
yang berpadanan disertakan