Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Anne dari Great Britain

Anne
Anne berjubah biru dan kuning. Mahkota berada di atas meja di sebelah kirinya.
Potret oleh Michael Dahl, 1705
Ratu England, Scotland, dan Ireland
Pemerintahan8 Mac 1702 – 1 Mei 1707
Pertabalan23 April 1702
Didahului olehWilliam III dari England
Ratu Britain dan Ireland (lagi...)
Pemerintahan1 Mei 1707 – 1 Ogos 1714
Diikuti olehGeorge I
Keputeraan6 Februari 1665
Istana St James, Westminster, Middlesex, England
Kemangkatan1 Ogos 1714 (umur 49)
Istana Kensington, Middlesex, England
Pemakaman24 Ogos 1714
Westminster Abbey
PasanganPutera George dari Denmark (k. 1683; m. 1708)
AnakandaPutera William, Duke of Gloucester
KerabatStuart
AyahandaJames II & VII
BondaAnne Hyde
AgamaAnglikan
TandatanganTandatangan Anne

Anne (6 Februari 1665 – 1 Ogos 1714)[a] ialah Ratu England, Scotland, dan Ireland antara 8 Mac 1702 dan 1 Mei 1707. Pada 1 Mei 1707, di bawah Akta Penyatuan, kerajaan Inggeris dan Scotland bersatu sebagai satu negara berdaulat yang dikenali sebagai Great Britain. Baginda terus memerintah sebagai Ratu Britain dan Ireland sehingga kemangkatannya pada tahun 1714.

Anne diputerikan semasa pemerintahan Charles II oleh adinda CharlesII dan waris anggapannya, James, yang diduga Katolik Rom tidak popular di England. Atas arahan Charles, Anne dan kakaknya, Mary, dibesarkan sebagai orang Anglikan. Mary mengahwini sepupunya yang merupakan Protestan Belanda, William III dari Orange, pada tahun 1677, dan Anne berkahwin dengan Putera George dari Denmark pada tahun 1683. Akibat kemangkatan Charles pada tahun 1685, James menaiki takhta, tetapi hanya tiga tahun kemudian baginda digulingkan dalam Revolusi Keagungan tahun 1688. Mary dan William menjadi raja bersama. Walaupun Anne dan Mary adalah rapat, tetapi perselisihan mengenai kewangan, status, dan pilihan kenalan Anne mula muncul tidak lama setelah Mary menaiki takhta dan hubungan mereka menjadi semakin terasing. William dan Mary tidak mempunyai anak. Setelah kemangkatan Mary pada tahun 1694, William memerintah sendirian hingga kemangkatannya sendiri pada tahun 1702, lalu Anne menggantikannya.

Semasa pemerintahan baginda, Anne lebih menyukai ahli politik Tory yang sederhana, yang lebih cenderung untuk berkongsi pandangan agama Anglikannya berbanding lawan mereka, Whig. Parti Whig bertambah kuat semasa Perang Warisan Sepanyol, sehingga tahun 1710 ketika Anne memecat kebanyakan mereka. Persahabatan eratnya dengan Sarah Churchill, Duchess dari Marlborough, menjadi keruh akibat perbezaan politik. Duchess kemudian membalas dendam dengan pernyataan yang mencemuh Ratu dalam memoirnya, yang diterima secara meluas oleh sejarawan sehingga Anne dinilai semula pada akhir abad ke-20.

Anne turut mengalami kegeringan teruk sepanjang hidupnya, dan sejak usia tiga puluhan, baginda semakin gering dan semakin gemuk. Walaupun mengalami tujuh belas kehamilan, baginda mangkat tanpa waris dan merupakan raja terakhir Wangsa Stuart. Di bawah Akta Pewarisan 1701, yang mengecualikan semua penganut Katolik, baginda kemudian digantikan oleh sepupunya yang kedua, George I dari Wangsa Hanover.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Previous Page Next Page