Antoine-Laurent de Lavoisier | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 8 Mei 1794 Paris, Perancis | (umur 50)
Sebab kematian | hukuman mati dengan gilotin |
Dikebumikan | Picpus Cemetery |
Pusat pendidikan | Collège des Quatre-Nations, University of Paris |
Terkenal kerana |
|
Kerjaya saintifik | |
Bidang | ahli biologi, ahli kimia |
Pelajar terkemuka | Éleuthère Irénée du Pont |
Pengaruh | Guillaume-François Rouelle, Étienne Condillac |
Tandatangan | |
Antoine-Laurent de Lavoisier (26 Ogos 1743 – 8 Mei 1794) adalah seorang ahli kimia Perancis yang merupakan orang pertama untuk mengelaskan unsur-unsur mengikut kumpulan tertentu. Beliau juga merupakan orang yang memberikan nama kepada oksigen pada tahun 1774. Perkataan "oksigen" terdiri daripada dua perkataan bahasa Yunani, oxus (asid) dan gennan (menghasilkan).
Pada tahun 1789, Antoine Lavoisier menyusun unsur-unsur, cahaya, haba, dan beberapa sebatian, ke dalam suatu jadual mengikut kumpulan.
Dalam jadual itu, unsur-unsur dikelaskan kepada logam dan bukan logam. Namun begitu, jadual itu mengandungi banyak perkara yang tidak betul kerana cahaya, haba, dan beberapa sebatian yang belum dapat diuraikan pada ketika itu seperti kapur, silika, alumina, barita dan magnesia juga dimasukkan dalam jadual itu.