Anugerah Akademi Academy Awards | |
---|---|
Semasa: Anugerah Akademi ke-94 | |
Nama asli | Academy Awards (en) |
Jenis | Anugerah filem |
Penerangan | Pencapaian dalam industri perfileman |
Negara | Amerika Syarikat |
Disampaikan oleh | Akademi Sains dan Seni Perfileman |
Kali pertama | 16 Mei 1928 |
Tapak web | |
www | |
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Akademi (bahasa Inggeris: Academy Awards ) atau Oskar ialah sebuah majlis anugerah Amerika Syarikat tahunan yang diacarakan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (A.M.P.A.S.) untuk mengiktiraf kecemerlangan sinematik dalam industri filem Amerika Syarikat. Majlis anugerah ini kali pertama diadakan pada tahun 1929 di Hotel Hollywood Roosevelt.[1][2]
Majlis anugerah ini kali pertama disiarkan melalui radio pada tahun 1930 dan mula disiarkan di televisyen pada tahun 1953. Pada masa kini, ia disiarkan secara langsung di lebih 200 negara.[3]