Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 | ||||
---|---|---|---|---|
Jenis | Upacara anugerah | |||
Tarikh | 7 April 2019 | |||
Lokasi | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) | |||
Negara | Malaysia | |||
Disampaikan oleh | Awal Ashaari | |||
Pengacara | Izzue Islam Janna Nick | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | TV3 ntv7 8TV TV9 | |||
Tempoh tayangan | 180 minit | |||
Tapak web | ||||
www | ||||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 ialah anugerah tahunan yang disampaikan oleh TV3, ntv7, 8TV dan TV9 untuk drama dan telefilem terbaik tahun 2018.[1] Ia berlangsung pada 7 April 2019 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Awal Ashaari. Tema bagi acara ini ialah Positif Selalu. Izzue Islam dan Janna Nick dilantik sebagai duta bagi anugerah yang dianjurkan buat kali kelima.[2]
Drama Nur telah memenangi 6 anugerah termasuk Drama Pilihan.[3] DFKL 2019 diadakan seminggu selepas Festival Filem Malaysia ke-30 yang berlangsung pada 30 Mac 2019.