Emmy Award | |
---|---|
Fail:EmmyAward.png | |
Jenis | Anugerah televisyen |
Penerangan | Kecemerlangan dalam industri televisyen |
Negara | Amerika Syarikat |
Disampaikan oleh | ATAS/NATAS |
Kali pertama | 1949 |
Tapak web | |
https://www.emmys.com/awards | |
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Emmy (bahasa Inggeris: Emmy Award , ialah anugerah yang dikurniakan untuk kecemerlangan dalam bidang penerbitan televisyen yang mirip atau sama fungsinya dengan Anugerah Akademi (untuk filem), Anugerah Grammy (untuk muzik) dan Anugerah Tony (untuk pementasan teater dan muzikal).[1][2]
Anugerah Emmy dihadiahkan kepada para penggiat pelbagai sektor dalam industri televisyen, termasuk rancangan hiburan, berita, dokumentari, dan sukan. Oleh itu, anugerah-anugerah ini disampaikan dalam beberapa upacara berasingan mengikut bidang yang diadakan pada setiap tahun. Antara yang paling dikenali ialah Anugerah Emmy Waktu Perdana (Primetime Emmy Awards) yang menghargai kecemerlangan dalam penerbitan rancangan televisyen waktu perdana kebangsaan (kecuali sukan), dan Anugerah Emmy Waktu Siang (Daytime Emmy Awards) yang memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam penerbitan rancangan waktu siang di Amerika Syarikat.
Anugerah Emmy disampaikan oleh tiga pertubuhan berasingan tetapi berkaitan:[3]