Anugerah Juara Lagu Pertama | |
---|---|
Montaj Anugerah Juara Lagu Pertama | |
Tarikh | 30 Disember 1986 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Tajaan | Dynamo (Colgate-Palmolive) & Mesiniaga |
Pengacara | Zainal Abas Habibah Yusof |
Penerbit | Frank Tian |
Ketua Juri | Dato' Johari Salleh |
Pengarah | Dato' Ooi Eow Jin |
Tempoh Tayangan | 80 minit |
Juara Lagu | "Sekadar di Pinggiran" Nyanyian: Francissca Peter Muzik: Manan Ngah Lirik: Lukhman S. |
Sorotan | |
Persembahan Terbaik | Alleycats ("Sampaikan Salam Cintaku") |
Penulis Lirik Terbaik | Lukhman S. ("Sekadar di Pinggiran") |
Anugerah Juara Lagu Pertama atau nama lamanya yang dikenali sebagai (Peringkat Akhir Muzik-Muzik Juara Lagu 1986) adalah pertandingan pertama yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Juga dinamakan "Peringkat Akhir Muzik-Muzik", ia membariskan lagu-lagu yang berjaya menjuarai carta bulanan dalam rancangan Muzik-Muzik. JL '86 telah diadakan pada 30 Disember 1986 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh Zainal Abas dan Habibah Yusof.